Cara Mengukur
 Categories
Welcome to Lovely Kidz Closet

Cara Mengukur

Cara Mengambil Ukuran Gaun dan Baju Kurung (baby & kanak-kanak) untuk tempahan

Untuk Gaun:

1. Bahu; letak tape measure di bahagian depan dari hujung sendi bahu kiri ke sendi bahu kanan 

2. Bukaan pangkal lengan (ketiak); ukur longgar dari sendi bahu ke saiz lubang lengan yang dikehendakki

3. Leher; ukur longgar di sekeliling leher untuk saiz yang dikehendakki

4. Lengan; ukur dari sendi bahu ke labuh yang dikehendakki

5. Bahagian hadapan, bahu ke pinggang; ukur dari pangkal leher (tepi bahu) hingga ke pinggang (lebih kurang 1-1.5" dr pusat)

6. Dada; ukur sekeliling dada dengan meletakkan dua jejari ke dalam ukuran semasa mengukur

7. Pinggang; ukur sekeliling pinggang dengan meletakkan 2 jejari ke dalam ukuran

8. Labuh gaun; ukur dari pangkal leher hingga ke paras yang dikehendakki

 

Untuk Baju Kurung:

A. Ukuran pada badan:

1. Bahu; letak tape measuredi bahagian depan dari hujung sendi bahu kiri ke sendi bahu kanan 

2. Leher; ukur longgar di sekeliling leher untuk saiz yang dikehendakki

3. Bukaan pangkal lengan; ukur longgar dari sendi bahu ke saiz lubang yang dikehendakki.

4. Lengan; ukur dari sendi bahu ke hujung pergelangan tangan (lbh kurang 1cm ke bwh bonggol tulang tangan) atau ke paras yang dikehendakki. Nota: pastikan tangan dirapatkan ke badan semasa mengambil ukuran

5. Bukaan tangan; ukur lubang bukaan (hujung) lengan yang dikehendakki

6. Dada; ukur sekeliling dada dengan meletakkan dua jejari ke dalam ukuran

7. Pinggang; ukur sekeliling pinggang dengan meletakkan 2 jejari ke dalam ukuran

8. Pinggul; ukur sekeliling di bahagian paling lebar dan letakkan 2 jejari ke dalam ukuran 

9. Labuh baju; dari pangkal leher ke paras yang dikehendakki

10. Labuh kain; ukur dari pinggang ke buku lali atau labuh yang dikehendakki

 

B. Ukuran pada contoh baju:

Letakkan baju di atas permukaan rata untuk mengambil ukuran lebar/labuh. TIDAK perlu ukur keliling.

1. Bahu; hujung bahu kiri ke kanan 

2. Labuh lengan; pangkal lengan ke hujung

3. Bukaan Pangkal lengan; ukur lebar dari bahu ke pesak

4. Bukaan tangan; ukur lebar hujung lengan 

5. Labuh baju; dari bahu ke hujung baju

8. Pinggang; ukur pinggang kain dari kiri ke kanan

9. Pinggul; ukur bahagian paling lebar dari ke kanan 

10. Labuh kain; ukur dari pinggang ke labuh yang dikehendakki